Monday, April 21, 2008

SEJARAH SEKOLAH

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN 2007

Sekolah Kebangsaan Kalai adalah sebuah sekolah pendalaman yang terpencil. Ia terletak kira kira 125 km dari bandar Kota Bharu. Sekolah ini terletak berhampiran sempadan negara Thailand iaitu kira kira 5 km sahaja. Ia dipisahkan dengan kawasan berbukit, pertanian, hutan simpan dan FELCRA.

Sekolah Kebangsaan Kalai dibuka pada tahun 1962 secara resmi. Pada asalnya, ia merupakan sekolah rakyat yang diasaskan oleh Penghulu Awang Ali. Kerajaan telah mengambil alih pengurusan sekolah ini bagi membendung kegiatan komunis pada masa itu.

Latar belakang muridnya terdiri daripada kaum Melayu dan anak-anak pendatang dari kawasan Hilir.


Pada tahun pertama dibuka , muridnya lebih kurang 20 orang dengan seramai 3 orang guru.Terdapat 2 kelas bercantum didalam sebuah bangunan kayu. Ia ditadbirkan oleh Guru Besar pertama iaitu En Ismail bin Zakaria dari tahun 1962 hingga 1968.

Dari tahun ke tahun Sekolah Kebangsaan Kalai berkembang dengan pesat . Ini berlaku dengan pembukaan tanah baru dan perpindahan masuk penduduk dari hilir. Infrastruktur kampung juga telah dibaiki , sehingga sekarang ia tidak ketinggalan dari kawasan bandar.

Sehingga sekarang tahun 2007 bulan Jun terdapat 27 orang guru , 6 orang staf sokongan 1 dan 11, 5 orang pekerja kontrek dan seramai 279 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berserta 50 orang murid Prasekolah.

Pada masa sekarang Sekolah Kebangsaan Kalai terdiri daripada 10 kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan 2 kelas Prasekolah. Bangunan baru ini siap dibina pada awal tahun 2003, sebagai lambang bangunan kerajaan yang terindah dan tertinggi di kampung ini.

Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini.

1. En. Ismail b. Zakaria (1962 hingga 1968)
2. En. Abdul Rahman b. Yussof (1968 hingga 1970)
3. En. Othman b. Hj. Abdullah (1970 hingga 1972)
4. En. Muhammad b. Hj. Abd. Ghani (1973 hingga1979)
5. En. Abd.Ghani b. Ahmad (1980 hingga 1983)
6. En. Azham b. Sutan (1983 hingga 1986)
7. En. Hj Abd. Manaf b. Yussof (1987 hingga Dis 1987)
8. En. Ab. Halim b. Ahmad (1988 hingga 1995)
9. En. Zawawi b. Hj. Abdullah (1995 hingga 1998)
10. En. Che Rameli b. Che Ab.Rahman (1998 hingga 2003)
11. En. Ismail b. Zakaria (Jan 2004 hingga 30 Ogos 2006)
12. En. Isa b. Hj. Awang (1 Sept. 2006 hingga 16 Jun 2007)

VISI
MEWUJUDKAN IKLIM DINI
SEKOLAH YANG CERIA ,
UNGGUL DAN GEMILANG


MISI
BERUSAHA MEMPASTIKAN
SETIAP MURID MENCAPAI KECEMERLANGAN
DALAM KURIKULUM
DAN KOKURIKULUM


CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN

GURU BESAR




PIBG



LEMBAGA TATATERTIB





PEN.KANAN I

PEN.KANAN KO

PEN. KANAN II




J/Kuasa Pendaftaran
J/Kuasa Hal Ehwal Murid
J/Kuasa Keselamatan
J/Kuasa Alatan&Kemudahan
J/Kuasa Disiplin
J/Kuasa Budaya Sekolah
J/Kuasa Badan Kebajikan Guru
& Kakitangan Sek.
J/Kuasa SPBT&Buku Rujukan
J/Kuasa Kesihatan
J/Kuasa Kebajikan Murid
J/Kuasa Kantin
J/Kuasa RMTS & PSS

J/Kuasa Ko-kurikulum
Gerak Kerja Kump. A
Gerak Kerja Kump. B
Gerak Kerja Kump. C

J/Kuasa Bilik Guru
J/Kuasa Taman Sumber
J/Kuasa Hari Guru
J/Kuasa Sukan Rakyat
J/Kuasa 8 Jam 10

J/Kuasa Kurikulum
J/Kuasa Perancang
J/Kuasa Celik 3M
J/Kuasa FM 3
J/Kuasa K3S
J/Kuasa Bilik Wawasan
J/Kuasa Bertindak UPSR
J/Kuasa Jadual Waktu
J/Kuasa Ujian & Penilaian
J/Kuasa Panitia M/Pelajaran
J/Kuasa Pusat Sumber Sek.
J/Kuasa Penghayatan Musola
J/Kuasa Pra Sekolah
J/Kuasa Sek. Penyayang
































JAWATANKUASA
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI

PENGERUSI

GURU BESAR



SETIAUSAHA
EN. RAFIE BIN ABDULLAH
GURU BIMBINGAN


AHLI JAWATANKUASA






















TERAS PERTAMA
EN. C. AB. HALIM C. MOHAMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


TERAS KEDUA
EN. MAT ARIFIN YUSOFF
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


TERAS KETIGA
EN. W. HARUN W. HAMAT
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


TERAS KEEMPAT
EN. MOHD. SHUKRI HASSAN
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN


TERAS KELIMA
EN. MOHD. HASSAN MD. NOOR
PENYELARAS MEDIA


TERAS KEENAM
PN. NORHAYATI ISHAK
GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH






HARI GURU 2007
GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG
MAULIDUR RASUL
MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2007
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
KARNIVAL SUKAN

MESYUARAT AGUNG PIBG
BINA INSAN GURU DENGAN KERJASAMA INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU
MAJLIS LAMBAIAN KASIH


MESYUARAT AGUNG PIBG

No comments: